Sunday 25 November 2012

R.A.G.U

Assalamualaikum...

Sekian lama tidak ber-entri, aku kembali.

Terkejut, tak sangka, susah nak percaya, and finally kecewa plus sedih !

Dari percaya aku boleh bertukar ragu. Dah dua kali terjerat dalam jerat samar aku. Bukti kian jelas. Moga dia berubah. Tolonglah Ya Allah !

Sunday 21 October 2012

Ke-Terbiar-Ran

Sudah lama terbiar usang,
Lalu sepi bertambah sayang !

Part 1

Alhamdulillah, harini Allah beri masa untuk diluang-luangkan ke blog yang sudah lama terbiar. Sibuk. Duniawi ? Ukhrawi ? Sebut dua 'benda' ini buat hati jadi cukup sensi gituu. Terasa neraca terberat ke duniawi ! Astaghfirullahhalazim, nauzubillah. Sibuk ber-presentation, ber-essay dan ber-facebook turut serta ber-youtube yang apatah lagi membawa effects2 buruk sehingga sampai lupa yang adanya apps Quran tetapi Instagram tetap terus diperhangatkan. *Pukul muka sendiri koff koff*

Part 2

 Husnuzon Aliya. Husnuzon ! Allah's have a better plan for you. Tak siapa tahu. Aamiinn.


Wednesday 19 September 2012

Titleless

Alhamdulillah,

Harini kite rasa, kite dah kuat. Dah mula kuat sebab harini hati kecil kite menang. Alhamdulillah, Allah tunjuk kite jalan dan kite berjaya ! Kite dah mula nampak jalan tu. Harap-harap Allah terus bagi signal, highlight, petunjuk dan guideline untuk hati kite terus jadi kuat. Biarlah lepas ni, hati ni kukuh, jangan rapuh.

Kite taknak dah, cukuplah, sudah-sudahlah kite lalai dan lupa dengan dunia ni. Kadang-kadang kite rase malu sangat, sebab kite selalu lupa hal-hal akhirat padahal mati tetap tunggu kite. Lagi-lagi kite ingat nak seronok je. Kite layan hati, jiwa, perasaan blablabla dengan terapi dunia. Khilaf khilaf !

Harini, kite dah cukup kuat untuk tutup cerita. Biarlah cerita ni Allah yang pegang. Kite taknak, cukuplah kite lalai dan kite tak akan salahkan sesiapa sebab kite sendiri yang alpa,lupa. Kite harap, kite boleh terus jadi macam ni. Moga Allah permudahkan.

*Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Jangan biarkan walau sesiapa pun memegang hati ini lebih kuat dari pegangan ku kepada-Mu*

Wallahualam.

Tuesday 11 September 2012

Thursday 6 September 2012

Batuk

Batuk bukan sebab apa pun, berhabuk sikit dah. Sawang pun dah naik sikit. Nanti-nantilah dulu nak cuci.

~Chiaoooo~

Tuesday 14 August 2012

Hati Itu Hati Ini

Sorry, hati saya kurang kuat. Kalau awak cakap awak rindu saya, saya lebih dari tu ! Cukuplah sekadar bertemu empat mata dua hati. Awak cakap saya sombong. Sombong saya bertempat, awak perlu lebih tahu  tentang tu. Awak selalu jugak cakap, "ego dengan eya ibarat adik-beradik". Bukan sebarang orang tau boleh runtuhkan ego saya ! Ecehhhh, haha.

Ingat selagi tiada apa pun yang termaktub, kita pun tiada apa ertinya. Takkan kita keluar berdua bersuka-suka tidak ada syaitonnirojim yang ikut kita. Kena ingat tu.Bila saya kata tak perlu itu ini, ada sebabnya. Belum ada apa-apa yang maktub, yang jelas.

Kalau awak betul-betul ikhlas percayalah Tuhan pasti mudahkan perjalanan awak. Apa yang ada dalam hati awak, saya tak tahu. Tuhan Maha Satu yang tahu. Serah pada Dia dan jangan tanya saya banyak-banyak. Ini jawapannya.

Wallahualam...


Sunday 12 August 2012

Surat Untuk Kakak

Asslamualaikum kakak !

Harap-harap bila kakak baca entri ni, hati kakak dah tenang. Hati kakak dah cool. Harap-harap kakak sabar dengan ujian yang Allah beri untuk kakak. Kakak kan awesome, harus kuat, mesti tabah, tak boleh kalah ! Ujian serta dugaan sememangnya datang dan pergi. Silih berganti. Then, kali ni pulak ujian untuk kakak sangatlah berat sampai sometimes maybe kakak rasa kakak tak kuat untuk semua ni kan.

Tapi kakak, percayalah bahawa Allah takkan letakkan kita dalam situasi yang tak mampu kita nak tanggungnya. Dalam hidup kita, setiap dari kita tak boleh lepas dari menemukan ajal masing-masing. Cuma cepat atau lambat. Allah kan dah janji, setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Pasti !

Mungkin harini giliran dia, esok lusa siapa tahu entah-entah giliran kita pulak akan menyusul tiba. Doakanlah yang terbaik untuk dia di alam sana, semoga rohnya diberkati dan dicucuri rahmat Allah. I belive, really believe that you can go through all of this. There were so many things that you have learned back in time, so many bitter things that you've gone through. Hope for this one, you'll get to be even more stronger than before.

Kakak, yeah for you, you'll said that ini kotak hati terakhir buat kakak. Kalau ini yang terakhir, ikhlas kan lah. Biarlah dia pergi membawa kotak hati tu dengan penuh seribu manis walaupun manis belum sempat dikecapi. InsyaAllah manisnya membawa ke Jannah. Sabarlah kakak ! Redha dengan takdir ini dan walau apa pun yang berlaku Allah akan tetap bersamamu juga bersamanya.

Kakak, menangislah semahumu karena aku cukup mengerti betapa pedihnya erti hilang itu.Tiada salahnya jika kamu menangis walaupun tangismu itu hanya kamu dan Tuhan sahaja yang menjadi saksinya. Jika merasakan kosong, kembalilah pada yang Maha Esa.

Al-Fatihah.

Tuesday 7 August 2012

KOSONG !

Kadang-kadang menjadi kosong dan tidak terisi dengan apa-apa lebih baik berbanding berisi penuh tetapi hanyalah sia-sia semata-mata. Tapi sebagai khalifah Allah di muka bumi ni, mestilah kena ingat yang awak tak akan pernah kosong sebab Allah Azzawajala ada untuk awak Aliya. No matter what, He'll still there for you.

He is so special and worthwile as He would not put me down into the drain of 'frust'. Baik kan Dia. Tiada tandingannya. Siapa berani, cobalah. Ayuhhhh, coba ! Percayalah, selagi tali pergantungan tidak putus Dia takkan pernah lupa kita even kita selalu lupa dia. Sobsobsob.

Kalau terasa hati ni kosong, macam mana pulak ? Tak, hati tak pernah kosong melainkan kita sendiri mencari penyakit yang tiada ubatnya sehingga hati tu jadi kosong. Penyakit apa yang kita cari. Macam biasalah, penyakit dunia. Kembali pada yang Esa ! That's the definite solution.

Seteruk mana pun sakit hati kita, cuma ada satu doktor pakar yang bisa mengubati. Tak perlu rasanya mencari makhluk-makhluk bukan halal buat kita untuk mengadu domba. Bukan tak boleh, tapi perlu kena pada tempatnya. Mengadu dengan ibu, ayah, rakan2 mungkin bisa buat hati jadi lebih 'tak kosong'.

Well, let's take a step towards the good ! Bingkisan khas ni merupakan peringatan buat sendiri yang sentiasa khilaf. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu dari diri saya sendiri. Wallahualam.

Thursday 19 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan :)

Assalamualaikum...

InsyaAllah, hari Sabtu ni kita semua bakal berjumpa sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah, yakni Ramadhan. Jika dipanjangkan umur, semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. Penuhkan bulan ni dengan amalan-amalan yang baik. Tolonglah hati, tolonglah diri, jangan malas Aliya. This is a golden opportunity, golden time for you to make as many ibadah as you can. Kutiplah sebanyak mana yang mampu.

Ramadhan lah yang banyak mengajar kita supaya menjadi orang yang lebih sabar, orang yang lebih bertimbang rasa dan banyak-banyak lagi. Harap-harap niat Ramadhan kali ni tak salah, jangan asyik fikir 'Bazaar Ramadhan' je yer Aliya, berapa banyak baju raya nak pakai tahun ni. Lagha lagha !

Ramadhan tahun ni, Ramadhan kedua arwah takde. Sememangnya kalau arwah ada, akulah orang yang paling seronok tapi Allah tu lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita. Aku takkan pernah lupa segala nasihat-nasihat yang arwah turunkan pada aku. Selama aku hidup, arwah lah orang yang paling aku kagumi. Semoga arwah tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman lagi soleh. Amiinnnn.

p/s : Ketentuan Allah itu terbaik bagi setiap hamba-Nya !

Tuesday 17 July 2012

J.A.R.A.K

Jarak Itu Menjaga Aku Dan Dia ! Yeahhhhhh, itu tajuk artikel untuk hari rabu yang agak dilanda kebosanan. Kalau nak baca dengan lebih lanjut, sila-silalah jenguk ke laman sesawang ILuvIslam.com.





p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

Bukan Benda Senang !

Assalamualaikum...

Betul kan, bukan semua benda dalam dunia ni senang. Even, nak makan nasi pun susah. Nak kena basuh beras dulu, nak kena tanak dulu. Lepas dah masak, kena cedok letak dalam pinggan dulu,lepastu barulah boleh makan. Banyak kan prosedur dia. Macam tulah jugak hidup kita, banyak prosedur nak kena redah. Koff koff koff ^^

Kalau kita nak benda yang baik, kita pun kenalah jadi baik jugak. Apa guna kita cuma angan-angankan yang baik sedangkan diri sendiri hanyut dalam kealpaan semesta yang fana, pffffffffftttt ! Macam dalam Al-Quran Surah An-Nur Ayat 26 pun ada kata, "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik".

Fitrah sesama manusialah kan kalau suka sesama sendiri, perempuan lelaki. Normal kan. Yuppp, memang betul. Tak salah pun untuk punya hati dan perasaan macam tu tapi kena pandai-pandailah jaga demi kebaikan masing-masing. Bukan senang nak jaga hati kan sebab Allah Azza Wajalla yang pegang ! Semestinya kita nak ada hubungan yang 'clean and clear'. Maksud clean and clear di situ adalah suci daripada melakukan sebarang DOSA !

Memberi dan menerima! Ini lagi satu hal yang bukan mudah. Mungkin untuk memberi itu mudah baginya, tapi tak mudah pulak untuk orang yang perlu menerimanya ! Bukan semua benda orang boleh bagi dan bukan semua benda orang boleh terima. Faham-fahamlah ! Lain orang lain caranya sebab tu kita kata bukan mudah !

Wallahualam (idea sudah kontang) ^^V

Saturday 14 July 2012

The Airport Story :)

Kenapa airport? Kenapa bukan restoran mewah ke taman bunga ke, tak pun Pavilion ke ! Alaahhhh, dah memang dekat airport nak buat macam mana kan. Aku suka tempat ni. Dah lama aku 'adore' tempat ni. Tak kiralah airport mana pun, Malaysia ke Indonesia ke Australia ke. Semua pun best. Tapi kalau yang Husein Sastranegara tu spoil sikitlah sebab airport dia kecik sangat. Nak cari nombor gate tak jumpa, padahal ada satu gate je pun. Gampang kamu Aliya,hahaha.

Tapi kalau KLIA memang kelas kau jahhhh. International airport, no wonder lah kan. Penang pun best jugak, tapi still under big renovation. Mesti lepas ni cantik gila then aku pun semangat bila tiba masa nak pulang ke Cybercity ! Ecehhhhh. Tapi airport yang paling aku kagum sekali, yang paling speechless sekali airport nu haaaa Jepun sana nuuu. Narita International Airport. Yang ni yang paling 'kelas' sekali aku rasa. Kelas sangat sampai nak cari gate tak jumpa ! Memang Kelasss, tak tipu ! Cantik !


Yeahhhh, ini dia kebanggaan saya. Malaysia Boleh !


Tengok tu, satu terminal je dah besor gedabak macam tu. Mana tak kelassss !


Kecik-kecik pun comel. Hehehe ^^

Okay dah tu je nak cerita. Kbyeeeee uollssss :)

Friday 13 July 2012

Sorry If I'm Not Ready

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sehingga harini Allah masih beri nikmat untuk terus hidup di atas muka bumiNya yang penuh nikmat ni. Nikmat yang Allah bagi tu kadang-kadang boleh jadi ujian dalam hidup kita. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana kita mampu jaga nikmat yang dia bagi dengan baik. Nikmat tu kita guna dengan cara yang betul ataupun cara yang salah.

Okay, itu cerita nikmat. Tapi, macam mana pulak komitmen kita terhadap nikmat ? Harap-harap kita boleh bagi yang terbaik kan sebab Allah pun dah bagi dekat kita yang terbaik. Bercerita tentang komitmen ni, banyak komitmen yang perlu di-commit-kan dalam hidup. Prioritize towards family, education and friends are my main priority :)

I'm sorry if I'm not ready. This is just not the right time about, but I have to think about all of those consequences. I know that the issue of it, yeahhh it is really trending 'worldwide'. But, truth to be said I am not ready. My responsibility towards the right one still undone. I hope you get it. That's it.

At the same time, one of my 'sahabat' sudah pun melangkah ke alam yang baru. Friend, I hope you will find your happiness eventhough you have to tried very hard to get that. I 'll always pray for you so that the happiness will always seek for you till Jannah. What Allah had planned for you, yeahh it is the best for you. Never look back and put anything down. Congratulations dear. I'm very happy for you :)

p/s : Percaya dengan janji Allah ! Apa yang sudah tertulis untuk kita, memang untuk kita. Wallahualam...

Thursday 12 July 2012

Siapa Kita ?

Sudah semestinya lah makhluk ciptaan yang Maha Esa kan. Obviously, manusia biasa yang sama sahaja tarafnya tidak kiralah anda Perdana Menteri atau peminta sedekah sekalipun. Walau apa sekalipun yang kita buat, kita tetap dihakimi oleh Tuhan yang satu. Dalam soal menghakimi, anda rasa siapa kita? Siapa kita untuk menghakimi dia? Layakkah kita untuk menghakimi dia? Sebaik mana kita dari dia untuk kita letakkan penghakiman terhadap dia?

Ingat ! Kita memang boleh menghakimi sesuka hati, tapi adakah kita tahu cerita sebenar di sebalik kisah yang kita hakimkan. Mungkin ada yang cukup peduli, mungkin ada yang tidak. Dalam hidup kita, kita sendiri yang corakkannya, pena mata hidup kita, kita sendiri yang pegang. Jadi hanya kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang telah kita corakkan. Mungkin secara kasarnya, orang lain boleh melihat bagaimana perjalanannya, tapi yang betul-betul tahu hanya yang SATU.

Wahai makhluk-makhluk Allah sekalian, ya kadang-kadang kita ni khilaf. Kita ni lupa. Biasalah, manusia kan. Bukan maksum ! Tapi apa salahnya, kita cuba untuk menimbulkan perkara-perkara yang kurang enak. Memanglah boleh cakap macam tu, tapi nanti dia pun buat jugak. Okay, disini saya sendiri ingin memperingatkan diri. Jadi, sama-samalah berubah. Sama-sama hilangkan titik-titik hitam yang dah bertompok-tompok dekat hati tu.

p/s : Sahabat, Allah beri kamu ujian untuk kuatkan kamu. Jangan kamu sedih, sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wednesday 11 July 2012

Understanding !

Assalamualaikum...

Okay, I know it seems to be really busy right now and I really needs to cope with that. Understanding help me, much. It's okay and I've forgive you. Well, I can't expect a perfect human being as I am not perfect too. Well, yours is yours and mine is mine ! Forgive and forget, that's it. It's okay, it's not your fault. You're just too busy and maybe it had brought you to depression, yeahhh okay then. Okay byeeeeee :)


p/s : Online lagi dalam kelas, kan dah kena marah ! -.-

Monday 9 July 2012

I Miss You So Much

Rindu bhaiiii, baru haritu jumpa tapi nak buat macam mana kan. Kalau boleh nak setiap hari ada depan mata, baru puas. Baru rasa semangat je nak buat semua benda. Ini tak, semua benda pun tak jadi kalau teringatkan cik orang sorang ni. Cik sorang ni sweet sangat, penyayang, ambil berat. Hermmm bak kata, semua yang baik-baik lah ada dekat dia ni. Alhamdulillah, Tuhan hadirkan dia dalam hidup aku. Dialah segala-galanya dalam hidup aku, segala apa masalah aku semua dia tahu. Then, dia sangatlah cool, tak macam aku, gelabah je. Cara dia lindungi aku, itu yang buat aku respect gila-gila dekat dia. Kalau aku mintak apa-apa, dia mesti akan bagi tapi depends on the condition lah takkan sampai nak suruh daki gunung teratas sampai ke puncak pun sanggup nak tunaikan. Nonsense namanya ! Dalam hidup aku, dialah orang yang paling penting, yang paling utama. Orang lain tak boleh lawan tau, guarantee kalah derr wa cakap sama lu, hahaha. 


She's the One ! 


Sunday 8 July 2012

All The Best Vrossi !

Sejak bila aku minat Valentino Rossi pulak. Hermm, entah. Tapi ape-ape pun all the best for tonight. Kasi menang yerrr Vrossi. Dah menang jangan lupa belanja pulak okay. Okay byeeee !




p/s : jangan jadi sweet sangat, kalau tak gua rembat lu !

Tuesday 3 July 2012

Yawwwww Buddies !

Nahhhh , entry kali ni mari kita cerita pasal buddy-buddy kita ni. Dekat Kirkby ni aku ada banyak buddies. Buddies melalak. Buddies bergelak. Buddies bergosip. Macam-macam pun adalahhhh. Diorang best sangat ! Seriously tak tipu. Aku tak rasa sepi menyepi bernyepi pun kalau dah duduk goyang kaki semeja sekatil secadar sebantal semua. Hehehe ! Alhamdulillah, aku jumpa korang semua. Hope that we'll still like this, stay fun until the end. Ni haaa tengok muka mereka seorang-seorang, nak yang mana pilih jee. Semua tak kahwin lagi,hahaha.


Aliya, Ida, Kak Fifi, Faten


Semalam semua orang pakai purple. Unplanned tau !


Go Green yang diadaptasi kepada Go Love !


Hahhhh, ni dia Mak Jemah si tukang gosip paling handal saentero Kirkby !


Yang ni gambar sekelas. Frostiessss <3


p/s : Congratulations Irma Hasmie dan Azmeer Syah Redza.

Monday 2 July 2012

Weekend yang Riang :)

Assalamualaikum...

Hari Jumaat haritu sempat lagi cik kak Aliya ni balik kampung kejap. Balik bukan sebab apa, ada kenduri arwah sikit so aku pun apa lagi jangan lepaskan peluang emas berketul-ketul ni. Hari Sabtu 30 haribulan, hari yang penuh dengan makanan begitu jugalah hari seterusnya yakni Ahad. Hahaha, jangan jealous-mealous okay uollssss ! Tapi tulahhhhh, 2 malam je sempat tidur dengan tok. Tak puas ! Nak lagiiiii.


                                      Ayuhhhh, kita makan dulu !


                                          Eh eh, braceface. Heeeeeeee :P

Sekian. InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Byeeeee

Wednesday 27 June 2012

Cause I Can Love You More Than This !

Okay, entri yang agak sadis tidak seperti yang sebelumnya. Tajuk lagu je pun -.-. Nothing to do with me,errrrr. Betul ke? Haha, itulah when it comes to heart matter, kinda hard to deal with it. I've tried my best,my very best. Bermacam-macam cara aku pakai,tapi macam tak berapa nak berhasil. Mungkin aku salah jugak kot, itulah siapa suruh kau main-main Aliya. 8 bulan, lama jugak tu. Luar-luar memang buat tak tahu, apa orang kata,"pretend to be cool". Tapi dalam hati, perghhhhh macam ada kapal karam. Hiperbola kau jahhhh ! Selama aku masih waras ni, kena ingat 'kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih. Go go go Aliya ! Ingat orang yang paling dekat dengan kita, Allah S.W.T ! Dengan kuasa Dia saja yang boleh buat aku jadi kuat. The fate is what the best for me and I really deserved it.

And everywhere I am, There you'll be...

Saturday 23 June 2012

Le Bandung !

7 haribulan 6 tahun 2012 tarikh keramat. Tak keramat mana pun setakat pergi Bandung je kan,lainlah Paris ke Madagascar ke kan kan. Mula-mula fikir malas gila aku nak menjejakkan kaki ke negera Indonesia ni as I thought "hermmmmm, Indon je bukan ada apa sangat pun". But then since Puan Mama dah booked ticket, so nak taknak ayuhlah kita berangkat ke Bandung. Satu hal je yang buat aku excited, SHOPPING ! Bandung siap ada cogan kata lagi, 'Shopping Until You Drop'. Kelasssss kauuu jahhh :D

 
     Sorrylah Mama, anak Mama sorang ni kalau bab-bab tangkap gambar seharusnya overrrr -.-


         Epic sungguh spelling dia sampai buat aku terfikir sejenak "Apa itu kasir?"


                Hakak-hakak dan makcik-makcik memang 'heaven' datang sini !


                       Aktiviti kami sementara tunggu Puan Mama shopping :)


Kesungguhan untuk meng-overloadkan dan memaksimakan had muatan. Terkejut aku tengok menatang ni.


     Tak pernah seumur hidup aku makan sampai 50,000 ru rupiah errr =..=


Aku ada problem sikit dgn minuman indon ni. Kembang tengkuk nak telan bakkk hanggg !


                                                Indonesian Food !

First2 tak expect pun tempat ni sejuk beku tahap dewa,pakailah baju selapis dua ! Haha


                                         Muka 'kemut' ! Sejuk sangat


            Gunung Tangkuban Perahu. Nampak tak perahu kat belakang tu?


                        This is Encik Ton girls. Tapi Encik Ton takde pulak.


                                             Adik nombor tiga !


                       Adik nombor dua. Dia cool macam kakak dia. Ecehhhh :)


                               Puan Mama yang senantiasa gojesss !


                       Tempat ni seriously best. Tak tipu. Berani kerat jari !
   

                                      Scary pokok belakang tu. Errrrr -.-


                      Sempat lagi petik strawberri budak besar sorang ni.


        Muka excited tak kira pilih menu nak makan apa. Lapar oi satu hari berjalan !


                                         Muka insan-insan 'cool' !


                                     Ayam Bakar Bumbu Bali. Superb !


                                       Papan tu kata "Terima Kasih" !


                                      Senyap2, Aliya intai tettttttt...


                    Dekat mana2 pun, kami boleh gossip. Jaga-jaga, hahaha !


     Kalau letak dua orang ni satu tempat, memang diorang jadi gedik habissss ! Fact !


                     Lagi dinner, makan barang di Pak Chi Met. Sedappppp !


Ada orang nak bawak jumpa Afgan. Hu-Yeahhhhh ! Janji tu, jangan lupa pulak.
*lagi sekali datang Bandung, harus Afgan yang nyambut aku di airport okay*

Okay, itu je kot from Bandung. See yaa again in my next entry. *Bajet ada org baca blog sepah ni*

Friday 22 June 2012

Why? Why? Why?

Kenapa, kenapa dan terus aku pun kata "kenapa?". Kenapa semester tiga ni semacam sebuah sem yang suram. Ohh please, it's just started. Not even having journey on it yet then yet kau dah fikir macam2 Aliya oi. But now, that's the truth that I feel right now. Di sebalik kesuraman tu mesti ada sebabnya kenapa kan. Tapi aku pun tak tahu kenapa? *Okay, tu statement yang tak boleh diterima akal* Semalam, dan hari-hari sebelum semalam, adalah dengar cerita seorang rakan seperjuangan ni. Kisah suka duka sedih gembira semua pun ada. Dari situ aku rasa, "I've learned a lot and I must learn more and more to keep on going with this challenging world". It's okay my dear heart, "Only Allah knows how fragile it is, that's why He only gave what's the best for you to deal with".

           
               Thanks a lot FRIENDS cause you make me stronger more than I am

p/s : Semoga aku dan kamu berada dalam lingkungan yang baik2 ! InsyaAllah :)

Wednesday 2 May 2012

Great Place To Go...

It's been a long time I haven't pop out into this blogging session since I've had experienced the most tragic moment last week. My lovely lappy is missing and I really miss it right now. BADLY ! Okay then, let's just move on to the real agenda, life must goes on right people ? Nahhhh, today I want to reveals you about my dream place that I wish I could go there. It is AUSTRALIA ! Why do I really want to go there? Just scroll down and look at the interesting places that AUSTRALIA have and surely it will cheer you up.

                

                                  This is the national flag of AUSTRALIA.

                

                             Symbolic of AUSSIE, Sydney Opera House

                         

                                               Kangaroos of Australia

Tuesday 24 April 2012

Precious Momentos !

What it means to be a student. And how does a student life goes on. Ali said, "student life is very complicated plus it is so stressful". But, Abu said, "I really enjoy my life as a student". Then now, it's my turn to voice out my thoughts ! Aliya : Being a KIRKBY-IANS always made me feel so great. ohh really?? hope so then. As I spent my life over here, there are so many event that had been condcuted. MerdekaRaya, Maulidul Rasul, Chinese New Year, blablabla. So, just like usual I'll just stick some pictures of those events.peaceeeee ^^V !

                           Of Maulidul Rasul Kirkby International College

                                     The guys with 'bubur as-syura'

                                  The preparation for 'bubur as-syura'

                                  During Chinese New Year Celebration

                                 Eidul Fitri at Kirkby. *Faten, Me, Fifi*

                                   Once a FROSTY, always a FROSTY !

Roughly, this is my life as  a Kirkby student and I hope there will be always a great upcoming event soon!