Sunday, 3 February 2013
Semoga _ _ _ _ Tabah
Hati dirobek berkali-kali. Airmata aku tahan, tapi bila ada orang yang menghangatkan, kolam yang surut kembali berombak. Tiada siapa tahu kecuali Dia. Aku yang pertama tahu, aku juga yang pertama tidak memberitahu. Aku simpan kemas-kemas. Jahat mana pun, sampai bila boleh simpan. Kecewa bukan kepalang. Bila orang yang sememangnya patut sedih, bercerita pulak pada orang yang tidak kuat lagi sedih macam aku. Sedikit penghargaan aku terima disitu, kerana aku rasa aku sudah mula bertanggungjawab. Kepercayaan mula diberi. Tugas aku juga makin payah. Moga Allah permudah ! Aamiin !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment