Saturday, 23 February 2013

Y.O.U, Who Never

Reminiscing the first love. Ten years ago. He was 19. Tragic. Tighten. He may said that it was his fault but it is definitely the fate. The baby in his girl womb, and also his girl has been taken by God from the world. He rejected the baby but his girl keeps fighting for that baby.

She desperately force him to accept that tiny creature.

Then, he strongly oppose his girl. Without knowing any fate that might face him afterwards, he left the girl. But he still, do loves the girl.

She chased him. On the way, by the quiet roadside, suddenly came a lorry. Bangggg ! Hits her perfect body and in the perfect body got a perfect baby.

He lives for the entire 29 years in guilt. Rebel ! Rebel to himself. Big liar, player, gambler. That's him after 10 years since he was 19. For him, now or never, he can't define love anymore.

Until this one fine day, he met a plain, innocent girl who'd ask for help. He helped her. Love begins !

Sunday, 3 February 2013

Semoga _ _ _ _ Tabah

Hati dirobek berkali-kali. Airmata aku tahan, tapi bila ada orang yang menghangatkan, kolam yang surut kembali berombak. Tiada siapa tahu kecuali Dia. Aku yang pertama tahu, aku juga yang pertama tidak memberitahu. Aku simpan kemas-kemas. Jahat mana pun, sampai bila boleh simpan. Kecewa bukan kepalang. Bila orang yang sememangnya patut sedih, bercerita pulak pada orang yang tidak kuat lagi sedih macam aku. Sedikit penghargaan aku terima disitu, kerana aku rasa aku sudah mula bertanggungjawab. Kepercayaan mula diberi. Tugas aku juga makin payah. Moga Allah permudah ! Aamiin !

Thursday, 17 January 2013

KISAH KISAH

Kisah siapa? Saya, awak, dia, semua orang pun tak kisahlah. Saya pun nak cakap, "tak kisahlah" ! "Ada aku kisah". Tapi hati tetap rasa macam 'kisah'. Kisah hati saya panjang, bukan main-main. Tapi ada juga yang anggap ia 'main- main'. Main-main tak kisah. Mungkin lepas ni, saya kena jadi orang yang 'kisah' untuk berhati-hati dengan hati. Cause it's fragile mann. Dangggg !

p/s : harini layan Siamese oii bak hang !

PEDULI

Nak jadi peduli ke tak peduli. Tapi tulah, bukan kita ni nak boleh harap orang sangat kan untuk peduli kita. Orang tu pun ada fitrah. Manusia biasa ! Jangan salahkan orang lain, kena tengok cermin dulu yerr. Jangan ikut emosi, nanti habis semua orang lain tengok atas bawah atas bawah kecik besar kecik besar je. Alahhh, kite kan dah besar. Dah pandai tulis blog sendiri, dah pandai bagi alasan itu ini.  Pandai-pandai lah jaga diri.

p/s : kenapa 'abe-abe' korea sungguh menarik perhatian sejak akhir-akhir ni, huishhh !

Sunday, 25 November 2012

R.A.G.U

Assalamualaikum...

Sekian lama tidak ber-entri, aku kembali.

Terkejut, tak sangka, susah nak percaya, and finally kecewa plus sedih !

Dari percaya aku boleh bertukar ragu. Dah dua kali terjerat dalam jerat samar aku. Bukti kian jelas. Moga dia berubah. Tolonglah Ya Allah !

Sunday, 21 October 2012

Ke-Terbiar-Ran

Sudah lama terbiar usang,
Lalu sepi bertambah sayang !

Part 1

Alhamdulillah, harini Allah beri masa untuk diluang-luangkan ke blog yang sudah lama terbiar. Sibuk. Duniawi ? Ukhrawi ? Sebut dua 'benda' ini buat hati jadi cukup sensi gituu. Terasa neraca terberat ke duniawi ! Astaghfirullahhalazim, nauzubillah. Sibuk ber-presentation, ber-essay dan ber-facebook turut serta ber-youtube yang apatah lagi membawa effects2 buruk sehingga sampai lupa yang adanya apps Quran tetapi Instagram tetap terus diperhangatkan. *Pukul muka sendiri koff koff*

Part 2

 Husnuzon Aliya. Husnuzon ! Allah's have a better plan for you. Tak siapa tahu. Aamiinn.


Wednesday, 19 September 2012

Titleless

Alhamdulillah,

Harini kite rasa, kite dah kuat. Dah mula kuat sebab harini hati kecil kite menang. Alhamdulillah, Allah tunjuk kite jalan dan kite berjaya ! Kite dah mula nampak jalan tu. Harap-harap Allah terus bagi signal, highlight, petunjuk dan guideline untuk hati kite terus jadi kuat. Biarlah lepas ni, hati ni kukuh, jangan rapuh.

Kite taknak dah, cukuplah, sudah-sudahlah kite lalai dan lupa dengan dunia ni. Kadang-kadang kite rase malu sangat, sebab kite selalu lupa hal-hal akhirat padahal mati tetap tunggu kite. Lagi-lagi kite ingat nak seronok je. Kite layan hati, jiwa, perasaan blablabla dengan terapi dunia. Khilaf khilaf !

Harini, kite dah cukup kuat untuk tutup cerita. Biarlah cerita ni Allah yang pegang. Kite taknak, cukuplah kite lalai dan kite tak akan salahkan sesiapa sebab kite sendiri yang alpa,lupa. Kite harap, kite boleh terus jadi macam ni. Moga Allah permudahkan.

*Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Jangan biarkan walau sesiapa pun memegang hati ini lebih kuat dari pegangan ku kepada-Mu*

Wallahualam.