Thursday 12 July 2012

Siapa Kita ?

Sudah semestinya lah makhluk ciptaan yang Maha Esa kan. Obviously, manusia biasa yang sama sahaja tarafnya tidak kiralah anda Perdana Menteri atau peminta sedekah sekalipun. Walau apa sekalipun yang kita buat, kita tetap dihakimi oleh Tuhan yang satu. Dalam soal menghakimi, anda rasa siapa kita? Siapa kita untuk menghakimi dia? Layakkah kita untuk menghakimi dia? Sebaik mana kita dari dia untuk kita letakkan penghakiman terhadap dia?

Ingat ! Kita memang boleh menghakimi sesuka hati, tapi adakah kita tahu cerita sebenar di sebalik kisah yang kita hakimkan. Mungkin ada yang cukup peduli, mungkin ada yang tidak. Dalam hidup kita, kita sendiri yang corakkannya, pena mata hidup kita, kita sendiri yang pegang. Jadi hanya kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang telah kita corakkan. Mungkin secara kasarnya, orang lain boleh melihat bagaimana perjalanannya, tapi yang betul-betul tahu hanya yang SATU.

Wahai makhluk-makhluk Allah sekalian, ya kadang-kadang kita ni khilaf. Kita ni lupa. Biasalah, manusia kan. Bukan maksum ! Tapi apa salahnya, kita cuba untuk menimbulkan perkara-perkara yang kurang enak. Memanglah boleh cakap macam tu, tapi nanti dia pun buat jugak. Okay, disini saya sendiri ingin memperingatkan diri. Jadi, sama-samalah berubah. Sama-sama hilangkan titik-titik hitam yang dah bertompok-tompok dekat hati tu.

p/s : Sahabat, Allah beri kamu ujian untuk kuatkan kamu. Jangan kamu sedih, sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment